UNTUK REGISTER: KLIK BANNER. ID REFERRER: 155546130772. SEMOGA PEMBAWA REZEKI ANDA SEKELUARGA

Ingat: Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang menguntungkan baik untuk jangka panjang atau di jangka tempoh sederhana. Kini anda beruntung, kerana peluang ada sekarang. Kalau dulu, emas adalah perhiasan wanita semata, kini anda sendiri boleh meniagakan untuk menjadikan punca rezeki sekeluarga tanpa membuka kedai emas di bandar besar. Anda boleh berurus niaga online dari rumah. Itulah hebat zaman IT berteknoloji. Anda yang meniagakan emas boleh menjadi kaya. Mereka yang tidak, mungkin masih mengharapkan rezeki entah bila akan muncul. Bezanya ialah atas usaha anda sendiri. Usaha dulu baru Berjaya. Jangan pula sampai terkeluar kata-kata dari anda seperti "oh itu bukan rezeki saya" atas sebab anda tidak berusaha. "Anda mungkin dilahir miskin tapi anda tidak boleh memberi alasan bahawa anda akan tetap miskin sepanjang hayat dan pula mempersalahkan orang lain di sekeliling. Perubahan nasib adalah atas usaha anda sendiri, Insyallah.


Mempunyai misi dan visi yang sama akan menyenangkan kita bekerja sama. Jika anda orangnya, serta yakin yang perniagaan emas itu menguntungkan, anda dipelawa masuk kumpulan kami. Sila baca blog ini dan hantarkan mesej jika ingin menanya sesuatu seterusnya.


Sila Bookmark blog ini: http://emasvgmc.blogspot.com/ : Feedburner link: http://feeds.feedburner.com/EmasVgmc


INGAT : JANGAN SEKALI-KALI LOG IN AKAUN VGMC ANDA MELALUI EMAIL. Kalau Tak Jelas Telefon Saya 019 2305340

Isnin, 30 Januari 2012

Ilmu Penyuluh Masa Hadapan


Ilmu penyuluh  masa hadapan  kita dari menjadi gelap.  Ilmu perlu dipelajari.  Kerap pengilmuan baru muncul sebab bisnis zaman sekarang dikendalikan dan diolahkan dengan pelbagai cara dan idea.

Peringatan
Banyak cara melabur emas. Pilihlah cara sesuai dengan kemampuan kita dan mendalamkan selok beloknya. Jangan terikut ikut kata orang sangat. Mendalamkan ilmunya penting supaya kita boleh mitigasi risikonya jika kita menghadapi masalah. Tanya nasihat kawan-kawan yang pandai....tetapi keputusan terakhir tetap anda sendiri, jangan letakkan kesalahan kepada orang lain apabila tidak menjadi seperti yang anda idam-idamkan.


Ilmu sangat penting. Kalau tidak faham tanya. Menanya ialah kunci kepada kedung ilmu. Jangan pula atas sebab kita singkat ilmu secara mendalam, kita cepat katakan orang lain yang salah atau menipu kita. 

Dalam blog saya hari ini saya huraikan sikit mengenai harga belian balik  emas jongkong jika kita beli dan dengan tiba-tiba ingin pula serta merta menjualnya kepada mereka yang tidak terdesak (on demand).  Ini besar kemungkinan  akan berlaku penurunan harga jualan kepada kita walaupun emas itu  tidak senang dikatakan dengan istilah susut nilai seperti barangan lain-lain.

Pastikan tanya berapa harga emas itu kalau ingin kita pulangkan balik kepada pembekalnya. Kalau dikatakan sama, Alhamdullilah. Kalau dikatakan kurang dari sekian-kian peratusan itu,  risikonya anda perlu tanggung.  Jadi pertimbangkan tindakan anda seterusnya, sama ada terus ingin jual atau tunggu dulu biar harga itu naik... 

Jongkong emas biasa dibeli untuk disimpan menunggu harga naik dulu baru pembelinya bercadang menjual kepada yang berminat. Seperti perkara lain-lain ia juga terlakluk kepada bekalan dan permintaan (supply and demand of the market forces) di pasaran terbuka. Ada juga syarikat yang memberi dividen setiap bulan kerana melanggan dengan mereka. 

Bagaimanapun ramai mereka yang buat untung kerana mereka menjualnya selepas  berbulan-bulan menyimpan dan  menunggu harga emas naik dahulu.  Emas senang naik kerana permintaannya tinggi atas sebab faktor kepupusan logam berserta pula ada hubungkait dengan penurunan semasa harga matawang terkemuka dunia (seperti usd, sterling, euro, yen, aus, can$)

Perlu diingatkan bukanlah terdapat satu sahaja cara membuat pendapatan dengan niagaan  emas jongkong,  emas dinar atau emas kilang ala arahnu.  Ianya terpulang dengan cara serta garispandu syarikat pembekal itu sendiri.  Anda perlu mendalami istilah mereka serta  kaedah mereka mengoperasikan bisnis itu.  Tidak sama di antara satu sama lain.

Bagaimanapun pada hakikat jual beli,  pastikan anda perlu amati mengenai tebus semula nilai  jika terdapat ada caranya.  Jangan pula anda terfikir kalau beli sekian harga,  wang tebus semula (refund) anda akan sama dengan  harga anda beli. Ianya akan mengikut polisi syarikat itu sendiri.

Contoh yang baik yang mana harga beli dan harga jual balik  tidak sama ialah dalam bidang  membeli kereta baru. Kereta yang baru dibeli, belum digunakan, tetapi tiba-tiba anda ingin jual terus kepada sesorang atau syarikat yang sama atau mana-mana syarikat, anda akan dapati kereta yang belum sempat anda pandu itu sudah berubah harganya dari harga asal, atas sebab yang membeli balik itu tidak dalam keadaan terdesak (on demand).  Tawaran  pembelinya biasanya lebih rendah dari harga anda beli tadi kerana mereka  itu bukan disituasi terdesak.

Nasihat saya kepada pengusaha membeli emas supaya berwaspada apabila membuat keputusan.  Ini termasuk kepada mereka yang ingin menyertai saya di emas vgmc. Walaupun wang anda dipulangkan dengan harga di pasaran pada masa itu, ianya hanya dibayar dalam tempoh 45 hari lebih dari notis henti langganan (unsubscribe) kerana mencairkan wang mengambil masa, terutamanya bila syarikat sedang buat trading atau mengunakan wang mereka untuk hal-hal lain.  Itulah notis dan polisi mereka dan tiada siapa boleh mempertikaikan kerana termaktub dalam garispandunya.

Yang menjadi keselesaan kepada  ahli vgmc ialah pelaburan mereka mendapat lipatan dua kali ganda wang  dalam kadar yang singkat, iaitu dalam lingkungan  kurang dari 12 bulan mengikut formula ringkas ini.


Jika pelaburan $3000 (usd)  dan pulangan sebulan ialah 12%,  untuk menjadikan  tempoh lipatan dua kali ganda;  $6000  anggaranya ialah :

72/(12*12) = 0.5 tahun = 6 bulan sahaja. 

Sekiranya anda mempunyai downline dan membuat trading yang menguntungkan tentunya harga pelaburan anda menjadi dua kali ganda sesingkat 3 ke 4 bulan sahaja bergantung kepada berapa banyak mana anda mendapat downline dan untung trading itu.

Sila semak sendiri fakta-fakta saya ini jika anda tidak jelas atau was-was dengan pengiraan saya ini.  Saya membuat analisa ini dari pengalaman saya, dan anda boleh mempertikaikan rumusan saya ini

Semoga Berjaya.. Sehingga ketemu lagi

zulmdnoor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan