UNTUK REGISTER: KLIK BANNER. ID REFERRER: 155546130772. SEMOGA PEMBAWA REZEKI ANDA SEKELUARGA

Ingat: Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang menguntungkan baik untuk jangka panjang atau di jangka tempoh sederhana. Kini anda beruntung, kerana peluang ada sekarang. Kalau dulu, emas adalah perhiasan wanita semata, kini anda sendiri boleh meniagakan untuk menjadikan punca rezeki sekeluarga tanpa membuka kedai emas di bandar besar. Anda boleh berurus niaga online dari rumah. Itulah hebat zaman IT berteknoloji. Anda yang meniagakan emas boleh menjadi kaya. Mereka yang tidak, mungkin masih mengharapkan rezeki entah bila akan muncul. Bezanya ialah atas usaha anda sendiri. Usaha dulu baru Berjaya. Jangan pula sampai terkeluar kata-kata dari anda seperti "oh itu bukan rezeki saya" atas sebab anda tidak berusaha. "Anda mungkin dilahir miskin tapi anda tidak boleh memberi alasan bahawa anda akan tetap miskin sepanjang hayat dan pula mempersalahkan orang lain di sekeliling. Perubahan nasib adalah atas usaha anda sendiri, Insyallah.


Mempunyai misi dan visi yang sama akan menyenangkan kita bekerja sama. Jika anda orangnya, serta yakin yang perniagaan emas itu menguntungkan, anda dipelawa masuk kumpulan kami. Sila baca blog ini dan hantarkan mesej jika ingin menanya sesuatu seterusnya.


Sila Bookmark blog ini: http://emasvgmc.blogspot.com/ : Feedburner link: http://feeds.feedburner.com/EmasVgmc


INGAT : JANGAN SEKALI-KALI LOG IN AKAUN VGMC ANDA MELALUI EMAIL. Kalau Tak Jelas Telefon Saya 019 2305340

Khamis, 9 Februari 2012

Apakah Risiko Pelaburan Emas?


Pelaburan Emas Dan Apakah Risikonya?


Soalan ini kerap menjadi persoalan utama.  Kita dapat faham kerana sesorang itu boleh kehilangan wang pelaburan kalau berlaku sesuatu tragedi.  Inilah yang anda sendiri perlu mengamatinya. 

Saya boleh  fasilitasikan pemikran anda dalam bab risiko tapi keputusannya nanti anda sendiri yang perlu buat. Saya berharap penulisan saya ini akan terjawap sebahagian persoalan anda dan anda sendiri akan lebih faham mengenai perlunya bagi  mengurangkan  risiko dalam pelaburan anda.

Satu acara untuk menggelakkan risiko ini ialah dengan  "tidak langsung melibatkan diri" (risk avoidance), tapi dalam hidup kita bukan semua perkara yang  kita boleh membuat demikian.  Peminat pelaburan emas yang amat sangat bertekad tentunya melihat peluang keemasan ini dan dengan itu  tidak senang hendak mengelakkannya.  Bagaimanapun  anda boleh mengurangkan risiko dengan cara mitigasi  pada potensi risiko itu sendiri.

Mengelakkan langsung  risiko (risk avoidance) dari faktor  kemalangan jalan raya dengan cara tidak hendak balik kampong berhari raya  tentunya  akan menjadi tanda tanya seisi keluarga. Di kalangan anak-anak  anda tentunya akan  menanya anda seperti  "Kenapakah Abah membuat keputusan sedemikian?".  Sila jawap… risk avoidance?  Mereka tidak fahampun!!!

Ya, memang benar, semasa perayaan  trafik di ralan raya penuh sesak dengan kenderaan.  Bas dan motosikalpun banyak. Pemandu yang berkeletihan dan menggantukpun ada.  Pemandu yang suka berlumba di jalan rayapun ada.  Yang memandu secara bahayapun ada.  Jadi adakah anda akan beritahu kepada keluarga anda?  "berhari raya di KL sahajalah sebab risiko kemalangannya tinggi".  Adakah alasan seperti ini dapat pula diterima oleh orang tua anda di kampong yang lama merindui cucu mereka.  Inilah sitiuasi yang mana risiko tidak senang dapat kita elakkan (risk avoidance)

Adakalanya kita boleh pindahkan risiko dan dipertanggungkan kepada orang lain atau kumpulan yang pandai menguruskannya.  Contohnya,  apabila kita menjadi penumpang kapalterbang.  Kita tidak ambil kisah dalam bab  senggaraan kapalterbang kerana kita berpendapat bahawa ianya dilakukan oleh pakar atau kumpulan yang terlatih. Kita tidak kisahpun siapa yang menjadi pemandu kapalterbang itu (bahkan tidak kenalpun mereka) kerana kita yakin mereka itu pilot yang terlatih, beberapa kali diuji dan lulus ujian mereka pula. 

Oleh itu kita cukup selesa  mempertaruhkan nyawa kita kepada pemandu kapalterbang itu, dan mereka pula tentunya akan  membuat yang terbaik kerana nyawa mereka juga menjadi pertaruhanan kepada kepakaran mereka itu sendiri. Itu sebab kita adakalanya terpaksa membayar lebih,  terutamanya apabila kita pindahkan risiko kita kepada kumpulan lain.  Satu cara yang lebih jelasnya ialah dengan mengambil insurans kepada kereta, rumah atau apa sahaja yang bernilai kepada kita. Segala risiko  kerugian berlaku disandarkan kepada pihak  insurans.

Dalam situasi lain pula risiko tidak senang dipindahkan kepada orang lain.  Mithalnya, sukan  lasak mendaki bukit dan payung terjun.  Dalam aspek bersukan terjun dari langit biru, potensi risiko yang tertinggi  ialah terhempas ke bumi (malapetaka), maut secara mati berkecai.  Bagaimanapun jarang-jarang kita terdengar tragedi ini. 

Secara umumnya,  sukan lasak berpayung terjun (lagi bahaya ini) telah menjadi keseronokan kepada mereka yang  berminat dan rasanya teruja, baik dari kalangan lelaki ataupun wanita.  Kesimpulannya,  potensi pada risiko tinggi ini tidak semesti berlakunya  malapetaka atau diakhiri dengan tragedi kerana terdapat faktor gabungannya dengan  kebarangkalian sesuatu peristiwa itu akan berlaku. 

Ukuran untuk menjadi sesuatu peristiwa berlaku ialah hasil pendaraban di antara memberatan  risiko dengan kebarangkalian akan berlaku.

Secara analitikalnya kita boleh memberi angka-angka skala seperti berikut (contoh sahaja).

Memberatan risiko :  Sangat tinggi (5), tinggi (4), sederhana (3),  rendah (2),  sangat rendah (1)
Kebarangkalian berlaku:  sangat kerap (5),  kerap (4),  sederhana (3), jarang (2),  sangat jarang (1)

Hasil dharab  elemen atau aktiviti akan diketegorikan perhatian (area of concern)  Malapetaka (>20), Bahaya (>15), penting (> 10), rendah (>5)  atau tidak penting (<5).

Mari kita ambil contohnya: 
terjun dari langit tanpa payung terjun: 
Risikonya sangat tinggi (5) x Kebarangkaliannya sangat kerap (5) :  5x5=25 (malapetaka )

Terjun dari langit bersama payung terjun (tanpa payung spare): 
Risikonya sederhana (3)x Kebarangkalian kerap(4): 3x4=12 (penting)

Terjun dari langit payung terjun (terdapat 2 back up payung lagi):
Risikonya  sederhana (3) x Kebarangkalian sangat jarang (1): 3x1=3 (tidak penting)

Jadi,  dalam bab persediaan payung terjun, mithalnya :  Kalau cara mitigasinya baik, dan anda   terlatih  serta pula  terdapat dua back up payung, kebarangkalian berlaku maut menjadi  ke tahap tidak penting diperhatikan lagi (insignificant).   Risiko itu telah dapat dikurangkan ke tahap sukar berlaku, dan sukan lasak payung terjun boleh menjadi kegemaran sebahagian dari orang-orang yang berhati cekal.

Begitulah pentingnya kita tahu cara mitigasi risiko.  Dalam bab pelaburan emas,  kedua belah pihak; syarikat emas dan anda sendiri perlu membuat mitigasi di bahagian masing-masing.  Syarikat tersebut perlulah sebuah syarikat rasmi berdaftar, kukuh kewangannya dan boleh pula menunjuk bukti-bukti integriti mereka, mithalnya.

Anda pula mesti faham peraturan dan etika menjalankan pelaburan;  jangan pula bercanggah dengan polisi syarikat yang menawar bisnis emas itu.  Anda sendiri mesti faham perihal naik turun harga emas dan pelbagainya lagi.  Biasanya anda akan dapat pengalaman banyak mengenainya nanti.  Bagaimanapun, carilah jalan untuk memahami keseluruhan pengendalian aktiviti dahulu dan jangan tergesa.

Sesungguhnya, saya sendiri ialah seorang yang cenderung kepada aktiviti atau pelaburan yang berisiko rendah (low risk taker).  Saya tidak melibatkan diri dengan lotteri, perjudian, forex (kawan forex..jangan marah ya) atau membeli saham spekulasi yang tidak menentu asas kekuatannya (fundamental). Saya mengambil calculated risk dalam peluang keemasan ini kerana emas trendnya sentiasa menaik atas sebab faktor yang kukuh (sila baca post terawal). 

Akhir kata, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin mengelakkan bisnis  emas ini sepenuhnya (risk avoidance) atau menceburkan diri secara membuat pemantauan rapi dan berhemah (jangan terlalu mempunyai sikap tamak dan ego (kecil hati orang lain nanti)).  Masuk pula atas kemampuan, jangan berhutang merata untuk tujuan ini .  Sentiasa berwaspada dengan perkembangan semasa  supaya apa sahaja kesukaran berlaku boleh senang diatasi  (mitigasi) bagi mengurangkan risiko pelaburan anda.

Semoga berjaya dalam apa cara pelaburan ini

Setakat ini dahulu

zulmdnoor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan