Petua
Speed
kills, so too greed.
Maknanya: Kelajuan boleh membunuh, begitu juga tamak
(rugi)
Trading
emas di vgmc cukup senang, masuk pasaran sewaktu harga rendah dan keluar
pasaran di waktu harga naik.
Bagaimanapun, pada faktanya, terdapat juga
ahli tersangkut harga dalam trading itu. Inilah sebabnya mereka yang berpengalaman sering berpesan kepada
rakan-rakan semasa membuat trading.
Jangan
terlalu ghairah, gopoh, mengikut sangat perasaan dan sentimen. Jangan mengharap pasaran akan mengikut
kehendak kita. Sebaliknya kita perlu
proaktif memahami keadaan pasaran dahulu supaya kita boleh pasangkan strategi
kita yang bermotifkan bagaimana untuk membuat untung. Mengharap
semata-semata (following gut feelings)
boleh membawa padah.
Trading
di Vgmc sekarang ini dikenakan cas 1 USD bagi setiap transaksi dan 1 USD se hari se
oz sekiranya kita membuat trading melebihi 24 jam (rollover charge). Kalau trading itu tersangkut lama tidak
ditutup (keluar pasaran), rollover cas menjadi makin bertambah.
Itulah sebabnya
kita perlu mempunyai sasaran harga yang sesuai
untuk menjual bila sudah membuat untung dan jangan terlalu ghairah mengikut sentimen pasaran yang
boleh pula sekelip mata boleh pusing balik
(turnaround) harga tanpa sempat
kita mengambil sesuatu tindakan. Buatlah trading secara berhemah.
Mari kita tinjau dua senario yang mana keadaannya
kita bersikap ingin terlalu banyak membuat untung (sampai ke
ketegori"tamak"), tapi menjadi di sebaliknya pula. Kita bincangkan situasi ini supaya kita akan
mendapat pengajaran penting; untuk semua termasuk
saya sendiri.
Lihat
bagaimana situasi boleh bertukar menjadi
rugi atau hilang peluang keemasan atas sebab sikap kita sendiri.
Senario pertama apabila harga semakin naik.
Harga
emas sedangan naik dan masa itu kita
beli (masuk pasaran) pada paras 1730 USD.
Petunjuknya kukuh bahawa harga akan naik dalam berapa hari sehingga mencapai ke tahap sekitaran 1800 USD (diramalkan ke 1805 ke 1810
USD).
Dalam situasi ini anda akan membuat untung; cuma
skala keuntungan sahaja yang anda pertikaikan sebanyak mana. Masa ini,
perasaan anda ingin membuat
sebanyak untung yang boleh, betulkan?.
Adakah
anda ingin menunggu untuk menjual pada harga melebihi 1800 USD atau pada harga apabila mencapai hampir
dengan harga itu, atau bagaimana?
Katakan
ramalan (forecast) harga itu benar
berlaku ke tahap 1805 USD, tapi
bagaimana kalau pada masa itu anda sedang
nyenyak tidur malam (pasaran
dunia ialah 24 jam sepanjang hari) atau
sedang memandu di lebuhraya yang sesak (pagi) ataupun pada masa anda sedang
bermain bola di padang (petang)? Adakah
anda boleh bertindak di masa segenting itu?
Jawapannya
tentunya sukar. Pada biasanya graph
pencapaian maksima berlaku dalam sesingkat masa dan ianya akan terus
turun secara cepat pula seperti cawan
terungkup (cup down turning point).
Bahkan
sekiranya anda berada di sisi komputer sekalipun mungkin anda tidak sempat
bertindak pantas atas beberapa sebab seperti 1) server down 2) website dalam
senggaraan atau 3) website lembab atas terlalu ramai ingin login serentak.
Dalam
masa genting itu, mungkin harga mula merudum jatuh lebih rendah dari harga
asal (katakan 1720 USD) anda masuk pasaran dulu. Berlakulah situasi baru, iaitu kerugian atas
sebab anda masih dalam keadaan menunggu
sedangkan orang lain sudah ramai menjual (on selling mode), dan seorang demi seorang telah keluar dari
pasaran dengan membuat keuntungan
sekadar mereka masing-masing.
Inilah
satu senario yang anda sepatutnya bertindak menjual lebih awal lagi dengan
tidak menunggu harga mencecah maksima kerana harga sebegitu tidak boleh
bertahan lama atas sebab kebanyakan
trader lain sudah menjualnya, dan harga itu boleh cepat berpusing terjunam ke bawah.
Senario kedua apabila harga semakin merosot
Dalam
situasi ini anda sudah tahu harga emas akan merosot (secara relatif bandingan
dengan matawang) dalam hampir seminggu dan anda sedang menunggu untuk
membelinya di paras harga rendah yang terbaik supaya anda boleh membuat
keuntungan besar apabila harga naik semula.
Mithalnya, anda sudah mendapat maklumat bahawa paras
minimanya harga akan turun sehingga 1530 USD.
Dilemma
anda ialah, "adakah anda akan menunggu sehingga harga sampai ke tahap itu, atau membelinya dalam
sekitar harga sebelum itu sahaja?".
Atau apa yang anda ingin lakukan?
Sebenarnya
anda telah melalui masalah yang seakan sama seperti senario yang pertama, iaitu
tidak dapat menentukan keadaan masa bila ianya akan mencecah harga terendah dan
semasa berlaku itu mungkin anda tidak sedar atau tidak pula di hadapan komputer
dan graph pasaran.
Dalam
senario ini harganya boleh naik mendadak ke paras melebihi 1600 USD hinggakan anda sudah menjadi teragak-agak untuk membelinya kerana
dikhuatiri ianya akan jatuh semula atau
beralun disekitar itu sahaja.
Dengan ini anda terlepas peluang
untuk membuat keuntungan.
Rumusan Kedua Senario
Motif
anda membuat trading dengan bermatlamat membuat untung sudah gagal dalam
kedua-dua senario itu. Bertindaklah secara bijak lain kali apabila ada peluang
lain.
Jangan
terlalu ghairah menunggu harga terlalu naik baru hendak jual atau menunggu harga terendah baru
bertindak membeli kerana turning point pasaran harga boleh berlaku dalam keadaan anda tidak
menyedarinya atau anda tidak berupaya bertindak cepat sekilas perubahan
itu.
Apabila
dalam pasaran, bertindak lebih awal untuk menjual apabila harga telah mencapai
sasaran anda. Apabila harga sedang menurun, masuklah dalam pasaran apabila
harga menurun itu sudah menurun di paras sasaran anda.
Jangan
menunggu harga emas menjadi lebih rendah hinggakan ianya boleh bertukar arah
(turning point) dalam sesingkat masa dan
graphnya pula boleh berubah menjadi
cawan terbuka (cup up). Anda akan berputih mata melihatnya nanti.
Kesimpulannya
Perlu
diingatkan musuh anda ialah dalaman anda
sendiri (perasaan) yang kuat mengharap
mengikut keinginan (desire) semata-mata dari membuat analisa daya fikir yang
berlandaskan logik (rasional thinking). Matter over Mental (harap faham, ya)
Sebenarnya kuasa menentukan untuk bertindak
dalam aktiviti pasaran seperti ini ialah anda sendiri. Andalah yang menentukan
bila ingin masuk dan bila pula ingin
keluar dari pasaran itu. Kuasa untuk
melakukan aktiviti transaksi itu terletak di tangan anda, jangan sekali memberi
sebab lain kalau berlaku kerugian.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu bertindak
bijak menjual apabila kita mencapai
sasaran kenaikannya dan bertindak cepat pula membeli sekiranya kita sudah tahu
turning point harga rendah akan bila-bila masa sahaja mengalami pemulihan
(kenaikan harga) semula. Inilah yang
saya katakan anda hendaklah berhemah dalam trading emas.
Setakat
ini dulu, di pos akan datang saya akan menyelami stress bagi ahli baru bermula
dalam trading dan saya akan sedikit lagi
memberi petuanya yang boleh dikongsi, bila situasi terbaik masuk pasaran dan keluar pasaran.
Salam hormat, sehingga ketemu lagi.
Ir. Zul Md Noor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan