Pengalaman Pertama Membuat Trading
Trading emas bukanlah susah sangat.
Alah bisa tegal biasa. Pada mula mungkin ahli baru terasa gugup dan
stress hendak masuk pasaran, terutamanya bila kali pertama nampak graph pasaran
turun naik setiap masa. Situasi ini
sebenarnya perkara biasa kepada trader dan
anda perlu kena biasakan diri.
Masa serta pengalaman baru yang anda akan lalui ini akan mengajar
anda nanti, Insyallah.
Sebagai langkah permulaan, penting untuk anda betul-betul faham interpretasi graph emas itu dan perlu pula membaca dengan teliti mengenai peraturan trading di Vgmc. Anda boleh menanya upline anda dalam perkara ini, atau anda boleh menghubungi saya sekiranya tiada siapa dari upline anda berminat membuat trading. Anda juga boleh mendapat maklumat dengan cara bergerak aktif dalam kumpulan forum emas di facebook atau mana-mana forum emas di Malaysia.
Semasa mula dalam trading ini, anda mungkin memikirkan beberapa
persoalan seperti berikut:
- Bila masa yang sesuai patut saya masuk
- Berapakah
jumlah yang perlu saya beli.
- Berapakah
tahap harga perlu saya jual balik
- Kalau graph
harga menurun, apa perlu saya buat
- Kalau graph
harga naik, berapa lama lagi perlu saya menunggu
- Kalau
berpanjangan rugi, patutkah saya jual untuk kurangkan rugi
Ini boleh mendatangkan stress, tapi dengan situasi beginilah yang
anda akan mula berfikir untuk membuat
tindakan susulan yang baik nanti. Jadi
ada masanya, sedikit stress ini akan membantu anda menjadi lebih tabah dan lebih
matang lagi dalam trading. Pentingnya
ialah bermulalah dengan play safe dan relakskan diri supaya reda keadaan anda
dalam segenap situasi.
Boleh dikatakan perasaan kegelisahan seperti ini adalah satu perkara
yang biasa bagi setiap trader mengalaminya.
Jawapan kepada persoalan di atas itu akan terjawap oleh anda sendiri
selepas anda membuat beberapa trading itu nanti.
Saya sendiri tidak boleh menjawap setepatnya kepada sesiapa kerana tiap
orang berbeza-beza dalam cara menanangani masalah mereka tersendiri.
Sesi Pasaran Emas Dunia
Terdapat tiga pasaran besar mengenai emas dan dengan itu technical analisis juga boleh
dikeluarkan dalam tiga sesi ini, iaitu sesi 1) Asia 2) Europa 3) USA,
Pada pendapat saya, pasaran USA
adalah yang terbesar. Pasaran Asia di
awal pagi seperti waktu bisnis di Malaysia, kemudian dimulakan dengan pasaran
Europa sekitar jam 3 petang Malaysia dan berakhirnya dengan pasaran USA yang mula aktif di
waktu jam 7 petang sehinggalah ke waktu hampir
subuh di Malaysia. Kita akan
dapati umumnya pasaran emas menjadi lebih aktif atau agressif di sebelah malam
Malaysia kerana campuran pasaran Europa dan USA bertembung masa. Masa inilah
banyak transaksi berlaku dan harga
lazimnya memuncak (pastikan anda sendiri turut sama membuat selidikan) dalam tempoh 24 jam perniagaan itu.
Rollover dan Cas
Trading di Vgmc adalah satu jenis trading yang dipanggil margin
call, iaitu anda beli emas di pasaran
dan menunggu untuk dijual apabila harganya naik. Anda akan mendapat keuntungannya secara
ini.
Pada permulaannya kebanyakan kita mendapat untung yang senang kerana
kita hanya menjual apabila harganya naik dan bertahan tanpa membuat sebarang
transaksi menjual jika harga belian lebih tinggi (harga pasaran turun). Selagi kita bertahan kita hanya menghadapi
paper loss sahaja, dan yang menyeronokkan kita semua, Syarikat Vgmc tidak mengenakan
apa-apa caspun walau selama mana kita bertahan. Ternyata situasi ini
menyebelahi pihak pelabur semata-mata.
Sekarang ini sejak Setember 2011,
Vgmc telah mengenakan cas rollover sekiranya anda tidak menyelesaikan
transaksi anda dalam masa 24 jam. Dalam
perkara ini Vgmc mengecaskan yuran transaksi $1, dan $1 lagi pada setiap oz emas yang
diniagakan (saya dapati sekarang rollover cas dikurangkan $0.5 se oz
sehari). Rollover itu kecil sahaja, tapi
sekiranya berbulan-bulan anda tidak dapat keluar dari pasaran, ianya boleh
membebankan anda.
Atas sebab itu, ahli harus
lebih berhati-hati sekarang
supaya jangan tersangkut dalam perniagaan. Ramai telah menukar strategi. Sebolehnya akan membuat transaksi dalam tempoh sesingkat, iaitu dalam lingkungan 24 jam
sahaja, kecuali apabila didapati harga emas yang dibeli dari harga rendah
(mithalya $1540) akan melonjak ke harga tinggi
(mithalnya $1700) dalam beberapa hari yang mana cas rollover dianggapkan kecil
sahaja bila dibanding dengan keuntungan semasa bertahan di dalam pasaran.
Petunjuk Arah Sebagai Kemudahan
Dalam blog ini saya telah letakkan beberapa petunjuk graph yang
senang dibuat rujukan. Bagaimanapun
rakan seperjuangan di facebook banyak membantu setiap hari untuk membuat
ramalan. Perbincangan mereka termasuk di Forum CariEmas boleh mengajar supaya anda lebih cepat memahami pengerakan harga emas semasa. Kebanyakan mereka membuat ramalan seakan sama,
kerana harga naik turun emas tidak sangat bergantung kepada terlalu banyak
faktor lain kecuali 1) supply and demand 2) harga naik turun matawang 3)
spekulasi yang tertentu sahaja.
Beberapa informasi yang senang anda perolehi itu sudah mencukupi
untuk anda membuat trading. Saya syorkan sebagai routine harian, anda perlu membaca laman 1) Vgmc Singapore
dan 1) Vgmc Malaysia sebelum membuat tindakan membeli. Pastikan memahami maksud
yang mereka tuliskan itu.
Setakat ini dulu. Sehingga
ketemu lagi
Zul Md Noor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan