UNTUK REGISTER: KLIK BANNER. ID REFERRER: 155546130772. SEMOGA PEMBAWA REZEKI ANDA SEKELUARGA

Ingat: Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang menguntungkan baik untuk jangka panjang atau di jangka tempoh sederhana. Kini anda beruntung, kerana peluang ada sekarang. Kalau dulu, emas adalah perhiasan wanita semata, kini anda sendiri boleh meniagakan untuk menjadikan punca rezeki sekeluarga tanpa membuka kedai emas di bandar besar. Anda boleh berurus niaga online dari rumah. Itulah hebat zaman IT berteknoloji. Anda yang meniagakan emas boleh menjadi kaya. Mereka yang tidak, mungkin masih mengharapkan rezeki entah bila akan muncul. Bezanya ialah atas usaha anda sendiri. Usaha dulu baru Berjaya. Jangan pula sampai terkeluar kata-kata dari anda seperti "oh itu bukan rezeki saya" atas sebab anda tidak berusaha. "Anda mungkin dilahir miskin tapi anda tidak boleh memberi alasan bahawa anda akan tetap miskin sepanjang hayat dan pula mempersalahkan orang lain di sekeliling. Perubahan nasib adalah atas usaha anda sendiri, Insyallah.


Mempunyai misi dan visi yang sama akan menyenangkan kita bekerja sama. Jika anda orangnya, serta yakin yang perniagaan emas itu menguntungkan, anda dipelawa masuk kumpulan kami. Sila baca blog ini dan hantarkan mesej jika ingin menanya sesuatu seterusnya.


Sila Bookmark blog ini: http://emasvgmc.blogspot.com/ : Feedburner link: http://feeds.feedburner.com/EmasVgmc


INGAT : JANGAN SEKALI-KALI LOG IN AKAUN VGMC ANDA MELALUI EMAIL. Kalau Tak Jelas Telefon Saya 019 2305340

Rabu, 15 Februari 2012

Jika Ingin Berjaya Dalam Pelaburan



Rayuan Saya
Saya tahu masih ramai di antara anda tidak membaca artikel percuma saya ini. Saya harap anda mulakan hari ini, bookmark blog saya, dan beritahu pula kepada kawan-kawan yang lain.

Ingin Berjaya Dalam Pelaburan
Anda tertanya-tanya apakah faktor untuk kejayaan dalam pelaburan.  Pada pengalaman saya anda perlukan empat faktor penting ini, iaitu (IMUT)

1) ilmu 2) modal  3) usaha 4) tempoh. 

Saya tidak menyangkal ada lagi faktor-faktor lain dari pengalaman individu-individu lain termaksud anda sendiri, tapi bagi saya empat faktor ini (IMUT) ialah asas penting sekali untuk kejayaan kita.

Ilmu
Faktor ini yang terpenting.  Mendalami selok belok kisah pelaburan itu menjadi perkara semestinya. Kalau boleh baca sendiri dan faham dahulu. Sekiranya tidak, jangan pula  anda anggapkan anda akan menyusah orang lain kalau ingin menanya kemusyukilan anda.  Jangan terasa malu atau segan (malas dan lain-lain) untuk mempelajari dengan sesiapa sahaja.  Carilah kumpulan yang arif tentang ilmu yang anda ingin pelajari itu supaya anda ikut sama pandai dan menjadi individu yang berpengalaman pula. 

Sebagai ingatannya, anda ke sekolah dahulu adalah untuk menjadi pelajar yang pandai dan pintar. Dari asas pelajaran anda di sekolah itu sepatutnya anda terus  menimba  pelbagai ilmu lain lagi dalam usia dewasa anda. Anda tentunya akan menjadi lebih matang di alam pekerjaan serta pula  mendapat option terbaik untuk menyara keluarga anda nanti. 

Jika anda benar-benar ingin menambah saraan hidup dengan cara plan B ini (pendapatan sampingan atau sepenuh masa online) anda perlu yakinkan diri dan bertekad untuk mempelajarinya sehingga  sampai ke tahap pakar mengenainya.

Modal
Kebanyakan di antara kita suka kepada perkara yang percuma sahaja.  Ramai yang menanya saya tentang ini, sepertinya "1) Program ini percumakah? 2) Bolehkah dapatkan saya program percuma?"

Pada pengalaman saya, apa yang percuma tidak semestinya terbaik bagi kita, dan apa yang terbaik pula tidak semestinya  hasil dari mendapatnya percuma. Banyak program-program percuma hanya mengeluarkan hasil keuntungan yang terlalu rendah atau tidak langsung (letih berusaha sahaja).

Pada umumnya kita mestilah dahulu mengeluarkan modal. Dari modal itu, kita akan mendapat keuntungan yang berlipat. Prinsip asas perniagaan dan pelaburan ialah Wang akan menambah lagi Wang (Money Makes Money). 

Sebagai contoh yang senang ialah termasuk perniagaan kecil-kecilan seperti menjual goreng pisang di tepi jalan. Pengusahanya perlu dahulu membuat pondok kecil, beli kuali, minyak, pisang, tepong, dapur, tong gas dan lain-lain  sebelum mulakan perniagaannya. Tanpa ingin mengeluarkan modal, lazimnya,  anda tidak boleh membuat perniagaan atau pelaburan yang anda ingin mulakan itu.   Bahkan pada umumnya, anda tidak boleh buat apa-apa yang boleh mengubahkan nasib anda.

Usaha
Usaha ialah tangga kejayaan.  Anda pun tahu bahawa tanpa komitmen ini anda tidak akan ke mana-mana dalam pelaburan anda. Anda perlu mempunyai sikap dedikasi yang tinggi.  Sekiranya anda ingin berniaga dengan emas, anda mesti mulakan berusaha mempelajari ilmunya dahulu. Kemudian anda akan berusaha mendapatkan modalnya pula.  Kemudiannya, anda perlu pula berusaha membuat transaksinya. Anda perlu lagi berusaha meninjau (monitoring) dan kawalselia situasi perniagaan anda, termasuk jika anda ingin membuat trading.

Banyak lagi yang anda perlu usaha, termasuk mengolahkan "plough back" (sila lihat post sebelum ini) dan mencari rakan-rakan yang ingin menyertai anda. Anda perlu menjadikan visi anda untuk berjaya ini sebagai misi yang perlu dibuat. 

Anda pula perlu berusaha untuk membantu rakan-rakan yang sama berminat itu sehingga mereka pun turut faham pelaburan anda itu.  Kejayaan mereka juga kejayaan anda. Kegigihan berusaha ini akan menjadikan anda  dan rakan-rakan sebagai pelabur yang berjaya.  Dengan cara ini, besar kemungkinan anda dan kumpulan anda boleh mencapai kebebasan kewangan (financial freedom).

Tempoh
Setiap yang anda ingin lakukan dalam perniagaan atau pelaburan akan mengambil jangka masa tertentu untuk berjaya. Cukup sukar, bahkan sampai ke tahap mustahil untuk anda perolehi dalam sekelip mata (magic?). Ini bukan pula satu proses skim cepat kaya.   Dari kajian umum, terdapat empat fasa bagi sesuatu perniagaan atau hayat pelaburan itu akan melaluinya, iaitu  

1) Masalah Permulaan (Problem Child) 2) Sedang Bersinar (Bright Star) 3) Penuaian (Cashcow) 4) Penurunan (Dog). 

Pada mula pelaburan anda perlu mengatasi masalah-masalah tertentu dahulu (fasa 1).  Kemudiannya anda akan lihat pelaburan atau perniagaan anda sedang meningkat (fasa 2) dan itu menyakinkan anda.  Di fasa 3, anda akan merasai nikmat mendapat hasil yang cukup lumayan. Anda boleh menjadi kaya atau kaya raya, tapi awas,  anda jangan sekali-kalinya  memasuki fasa 4 yang merugikan. Di akhir penuaian, anda jangan menjadi tamak atau cuba pulihkan situasi.  Anda patut jual atau hentikan perniagaan atau pelaburan itu.

Kesimpulannya, anda tidak boleh tergesa-gesa ingin mengaut keuntungan dalam sekelip mata kerana setiap pelaburan dan perniagaan,  pada hakikatnya,  mempunyai jangka masa mengikut fasa-fasa tertentu. Biarlah hendaknya fasa 3 penuaian (cashcow) berterusan dan Insyallah anda akan menjadi kaya.

Sekianlah dulu dari saya.
Sehingga ketemui lagi.

Zul Md Noor
0192305340

Tiada ulasan:

Catat Ulasan